Friday, July 31, 2009

PANDUAN

Anda boleh memilih antara tiga puak dalam Travian, Rom, Gaul dan Teuton. Setiap puak mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri dan jenis-jenis askar mereka adalah sangat berbeza juga. Oleh itu adalah penting untuk memilih puak yang sesuai dengan anda.

RomanDi sebabkan tahap sosial Rom dan pengetahuan dalam pembangunan teknologi adalah tinggi, Rom ialah pakar dalam bangunan dan koordinasi. Pasukan mereka juga merupakan sebahagian daripada elit dalam Travian. Mereka adalah sangat seimbang dan berguna dalam serangan dan juga dalam pertahanan.

Untuk menjamin kepelbagian ini, pasukan Rom dilatih dengan lama dan mahal. Infantri mereka adalah legenda yang hidup, tetapi pertahanan mereka terhadap askar berkuda bukannya sebaik puak lain. Jumlah sumber yang mampu dibawa pedagang Rom juga kecil.

Disebabkan mereka lemah pada permulaan permainan, ia tidak sesuai untuk mereka yang masih baru.


Askar-askar Rom
Nilai seranganNilai pertahanan terhadap infantriNilai pertahanan terhadap askar berkudakayutanah LiatbesitanamanKepantasan
Askar Legion403550120100180406
Pengawal Pertahanan306535100130160705
Askar Empayar704025150160210807
Kesatria Diplomatik02010140160204016
Kesatria Empayar120655055044032010014
Kesatria Jeneral1808010555064080018010
Kereta Pelantak603075900360500704
Tarbil Api7560109501350600903
Senator504030307502720045000375004
Peneroka0808058005300720055005

Keistimewaan
  • Boleh tingkatkan atau lanjutkan bangunan dan lapangan sumber serentak.
  • Bonus pertahanan tinggi oleh tembok
  • Pedagang boleh angkut 500 unit sumber (kepantasan: 16 medn sejam)
  • Infantri sangat kuat, askar berkuda sederhana,
  • Pembangunan adalah mahal dan mengambil masa lama.

The GaulsGaul adalah paling aman daripada tiga puak dalam Travian. Askar-askar mereka adalah terlatih untuk pertahanan hebat, tetapi kemampuan mereka untuk menyerang masih setanding dengan dua puak lain. Gaul ialah penunggang, kuda mereka terkenal dengan kepantasan. Ini bermakna mereka menyerang musuh dengan tepat sehingga mereka boleh menyebabkan kerosakan dan mengelirukan musuh mereka.

Puak ini adalah sangat senang untuk bertahan, tetapi taktik aggresif boleh dilakukan. Ia berikan anda peluang untuk membentuk mana-mana arah strategik (pertahanan atau aggresif, persendirian atau pembantu yang dipercayai, pedagang atau perampas, infantri atau askar berkuda, peneroka atau penjajah), tetapi anda perlu sedikit pengalaman dan bakat.

Untuk mereka yang baru bermula, Gaul merupakan puak yang terbaik.


Askar-askar Gaul
Nilai seranganNilai pertahanan terhadap infantriNilai pertahanan terhadap askar berkudakayutanah LiatbesitanamanKepantasan
Falanks15405010013055307
Askar Pedang653520140150185606
Penjelajah02010170150204017
Guruh Theutates9025403504502306019
Penunggang Druid451155536033028012016
Haeduan1405016550062067517013
Kereta Pelantak5030105950555330754
Tarbil7045109601450630903
Pemimpin405050307504540031000375005
Peneroka0808055007000530049005

Keistimewaan
  • Bonus kepantasan: Askar terpantas dalam permainan
  • Pagar kubu memberikan bonus pertahanan sederhana
  • Pedagang boleh angkut 750 unit sumber (halaju: 24 petak sejam)
  • Gua dua kali lebih besar
  • Jentera pengepung yang mahal
  • Peneroka paling murah
  • Senjata pengepung yang mahal
  • Peneroka yang murah

TeutonTeuton adalah puak yang paling aggresif. Askar-askar mereka adalah kejam dan ditakuti kerana keberangan dan kegilaan mereka apabila mereka menyerang. Mereka bergerak seperti segerombolan perampas, dan tidak takut akan kematian.

Tetapi, mereka kekurangan disiplin ketenteraan Gaul atau Rom, yang menyebabkan kelemahan mereka dalam kepantasan dan pertahanan.

Untuk para pemain yang aggresif dan berpengalaman Teuton adalah pilihan terbaik!


Askar-askar Teutonik
Nilai seranganNilai pertahanan terhadap infantriNilai pertahanan terhadap askar berkudakayutanah LiatbesitanamanKepantasan
Askar Belantan40205957540407
Askar Lembing1035601457085407
Askar Kapak603030130120170706
Peninjau010516010050509
Kesatria Santo55100403702702907510
Kesatria Teutonik1505075450515480809
Kereta Pelantak6530801000300350704
Tarbil5060109001200600603
Penghulu406040355002660025000272004
Peneroka10808072005500580065005

Keistimewaan
  • Bonus rampasan: gua musuh hanya sembunyi 2/3 dari kapasiti gua untuk Travian versi 2.5 dan 3, dan 4/5 dari kapasiti untuk versi 3.5.
  • Tembok tanah susah dimusnahkan, tetapi hanya berikan bonus pertahanan minimum
  • Pedagang boleh angkut 1000 unit sumber (kepantasan: 12 bidang sejam)
  • Sangat murah dan pasukan terlatih dengan cepat yang membolehkan mereka perampas yang hebat
  • Pertahanan lemah

No comments:

Post a Comment